Remaja itu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Seberang Jaya (HSJ) awal pagi ini selepas dirawat sejak 24 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superintendan Shafee Abdul Samad berkata, remaja itu sebelum ini dimasukkan ke Hospital Sungai Bakap sebelum dipindahkan ke HSJ.
“Polis telah menjalankan siasatan lanjut selepas menerima laporan awal daripada pihak hospital dan kertas siasatan kes telah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE